MOSTI, Sekretariat SMJ terokai kerjasama tangani kemisikinan tegar di Sabah

MOSTI, Sekretariat SMJ terokai kerjasama tangani kemisikinan tegar di Sabah

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengadakan pendekatan holistik bersama Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) bagi mengenalpasti kaedah teknologi membantu pembasmian miskin tegar di negeri Sabah.

Timbalan Menteri, Datuk Yusof Apdal berkata, kolaborasi dengan SSMJ itu merupakan wadah tepat kementerian untuk mengaplikasikan teknologi dalam menangani masalah rakyat melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

“MOSTI bersama agensi-agensinya akan bekerjasama dengan SMJ bagi mengenalpasti produk/teknologi yang dapat membantu kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat SSMJ diketuai oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai di pejabat Timbalan Menteri MOSTI, Putrajaya, pada Selasa.

Kunjungan hormat tersebut adalah bertujuan membincang dan meneroka peluang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam mengaplikasikan teknologi dan program-program MOSTI serta agensi-agensinya, terutama dalam menangani masalah miskin tegar di Sabah.

Antara masalah yang dimaksudkan adalah isu kemiskinan tegar yang dihadapi oleh rakyat Sabah adalah tidak memiliki rumah, BMI kurang daripada paras normal akibat kekurangan nutrisi, tidak mempunyai kemudahan asas dan tidak berpendidikan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|