Sasar tanaman 2,500 pokok menjelang 2025

Sasar tanaman 2,500 pokok menjelang 2025

TAWAU: Bagi menjayakan Kempen Penghijauan Malaysia yang dilancarkan sejak 2021 untuk menanam sebanyak 100 juta pokok menjelang tahun 2025, Open Universiti Malaysia(OUM) turut mengambil bahagian dan mensasarkan menanam 2,500 pokok.

Presiden OUM,profesor Dr.Ahmad Izanee Awang berkata program tersebut sebagai penglibatan OUM dalam pemuliharaan alam sekitar selain keterlibatan institusi pendidikan tinggi itu melalui Kempen Penghijauan Malaysia menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025.

“Pada hari ini kita dapat menanam sebanyak 100 batang pokok dan ini merupakan sebahagian sumbangan kecil daripada OUM kearah pemuliharaan alam sekitar di negara ini, kita harap dengan program ini sedikit sebanyak kita dapat menyumbang kepada pencapaian sasaran iaitu menanam 100 juta pokok di seluruh negara menjelang tahun 2025,bagi OUM sendiri kita mensasarkan menjelang tahun 2025 sebanyak 2,500 batang pokok kita akan tanam dan ini juga sempena sambutan ulang tahun oum ke 25 pada tahun 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran menanam 100 pokok di kawasan hutan simpan Air Panas Tawau pada Ahad.

Sementara itu penyelaras program, Jeffy Onn Hamzah berkata program kali ini dijayakan dengan kerjasama, pelajar dari lima pusat pembelajaran sekitar negeri sabah, alumni OUM dan kelab 4×4.

“Kita juga menggalakkan penglibatan pelajar, rakan rakan kerjasama dengan kita, daripada OUM sendiri kami ada gabungan dari lima pusat pembelajaran iaitu dari Tawau,Keningau, Sandakan, Kota Marudu dan juga Lahad Datu bersama sama dengan deligasi daripada pusat kami di Kuala Lumpur, semua ada 50 orang bergabung dengan pihak 4×4 dan juga rakan komuniti daripada Hotspring yang mana keseluruhan hadir dalam program ini seramai 120 orang.

Manakala bagi pelajar yang menyertai program itu, Mohd Ikbal Khalid yang merupakan pelajar semester akhir Master Management Education berkata generasi yang ada sekarang perlu memulihara alam sekitar demi generasi akan datang.

” Kita nampak hari ini ramai student berfokus kepada akademik tapi kita lupa bahawa ini merupakan sebahagian tanggungjawab kita yang harus kita tanamkan semangat ini kepada generasi akan datang.

” Kalau kita tidak mengusahakan program seperti ini sudah pasti generasi akan datang tidak dapat melihat kehijauan dunia ini.

Bermula tahun 2021 kerajaan melancarkan kempen menanam 100 juta pokok menjelang tahun 2025 kearah penghijauan malaysia yang melibatkan semua agensi dan jabatan kerajaan termasuk sektor swasta.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|