Lelaki warga asing maut pacuan empat roda terbabas

Lelaki warga asing maut pacuan empat roda terbabas

PUTATAN: Seorang lelaki warga asing maut apabila pacuan empat rodanya terbabit nahas dengan sebuah kenderaan lain dalam kejadian di Jalan Papar-Kota Kinabalu, berhampiran lampu isyarat Klinik Kesihatan Putatan, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.05 pagi, mangsa berusia 30 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Perodua Myvi hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ketika kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu dari arah yang sama.

“Setibanya di lokasi, difahamkan pacuan empat roda dipandu mangsa merempuh bahagian belakang Myvi tersebut mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke bahu jalan.

“Impak dari kemalangan terbabit, mangsa dikatakan tersepit dalam pacuan empat roda itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Manakala pemandu Myvi yang berusia 30 tahun mengalami kecederaan ringan dan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, “katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|