Kritik KM, ADUN Elopura hanya pandai merapu: Pemuda GRS

Kritik KM, ADUN Elopura hanya pandai merapu: Pemuda GRS

KOTA KINABALU: Kenyataan ADUN Elopura Warisan Chong Ket Kiun dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) disifatkan sangat tidak adil dan hanya mengambil isu secara tangkap muat terhadap kritikannya terhadap Ketua Menteri Sabah.

Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS), Iskandar Zulkarnain Ramli berkata, ini sekaligus memperlihatkan parti pembangkang itu dianggap telah kehabisan isu dan mengeluarkan kenyataan merapu.

“Chong dan semua pemimpin Warisan hanya tahu melabelkan GRS dan Datuk Seri Hajiji sebagai gagal tanpa melihat fakta dan data sebenar. “Merekalah yang tidak berhak bercakap dengan hujah rapuh dan merapu mengenepikan fakta, “katanya.

Berkenaan isu keperluan asas, Iskandar mengingatkan Chong “dalam konteks elektrik, kerajaan negeri pimpinan YAB Ketua Menteri telah melancarkan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) untuk menyahut kolaborasi NETR yang diperkenalkan kerajaan persekutuan, bermula dengan pindahan kuasa kepada kerajaan negeri untuk kawal selia tenaga pada tahun ini.

“Konsistensi terhadap matlamat penjanaan tenaga melalui kaedah boleh baharu (RE), bahkan dalam memastikan rizab elektrik bertambah beberapa stesyen jana kuasa (IPP) telah berfungsi semula selepas kerajaan GRS mengambil alih pentadbiran negeri hingga boleh menyumbang 200 MW sekaligus menstabilkan grid elektrik negeri adalah bukti kemampuan kerajaan negeri mewujudkan solusi isu elektrik, “katanya.

Jelas beliau, kejadian seperti masalah grid elektrik hingga menganggu pembekalan tenaga kepada pengguna domestik dan bukan domestik misalnya, berjaya diselamatkan melalui keupayaan strategik pentadbiran hari ini demi kelansungan serta masa hadapan tenaga di Sabah.

“Kerajaan negeri Sabah turut menekankan pelaksanaan segera projek dan kerja-kerja penyelesaian masalah bekalan air bersih terutama sekali naik taraf dan selenggara loji-loji rawatan air (LRA), dalam kes air masin Sandakan misalnya kerajaan negeri tidak menunggu lama untuk mengatasi punca masalah dengan menggantikan pintu empangan Segaliud dengan kerjasama pemantauan kerap tahap saliniti Jabatan Kesihatan Negeri.

“Saya masih ingat lagi kejadian seorang Timbalan Ketua Bahagian Warisan di Sepanggar yang berdiri menghalang penguatkuasa PBT dalam operasi membanteras penempatan haram, sedangkan angkara penempatan haram itulah yang menyebabkan berlakunya kes kecurian karan dan sehingga merugikan negeri sebanyak 50 peratus bekalan air negeri diklasifikasi sebagai air tidak terhasil (NRW) serta banyak menyebabkan kes kebakaran akibat litar pintas dan kerugian aset SESB yang rosak,” katanya.

Menurut Iskandar, tindakan WARISAN menghukum GRS gagal akibat jalan berlubang ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri, lupakah mereka siapa yang menyebabkan projek Pan Borneo di Sabah tertinggal jauh dari Sarawak.

“Bukankah WARISAN yang menghentikan PDP hingga projek itu tertangguh sehingga GRS yang meneruskannya selepas PRN-16?.

“Hari ini dengan wujudnya kerjasama antara GRS dan Kerajaan Madani, pelbagai pakej peruntukan telah tersedia dan kerja-kerja penyelenggaraan tetap berjalan sekalipun banyak cabaran akibat cuaca, kenderaan industri dan sebagainya.

“Jika benar GRS gagal, kenapa hingga hari ini kerja-kerja naik taraf dan selenggara jalan masih berjalan terutama di Telupid-Kinabatangan, ” katanya lagi.

Tambahnya, WARISAN hari ini kata beliau seakan-akan berfantasi, semua projek harus siap dalam sekelip mata.  

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|