71 KIR mangsa kebakaran Logpond terima bantuan RM3,000

71 KIR mangsa kebakaran Logpond terima bantuan RM3,000

TAWAU: Seramai 71 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Tanjung Batu Keramat (Logpond) menerima sumbangan bantuan sebanyak RM3,000 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Gelanggang Bola Keranjang, Kompleks Sukan Tawau pada Isnin.

Mereka masing-masing menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM1000, sumbangan daripada Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) sebanyak RM1000, Yayasan Kebajikan Negeri Sabah -RM700 dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah sebanyak RM300.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga akan memberikan bantuan sebanyak RM20,000 untuk bantuan pembelian bahan binaan rumah kepada 45 buah rumah yang musnah 100 peratus.

Manakala 7 buah rumah yang musnah kira-kira 30% akan menerima bantuan RM10,000.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan itu, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa kebakaran terbabit.

“Inilah Kerajaan Negeri hari ini, sentiasa prihatin kepada rakyat yang ditimpa musibah kebakaran, kita santuni dan memberi bantuan lebih-lebih lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan”.

“Dengan bantuan pembelian bahan binaan rumah daripada Kerajaan Negeri, diharap mangsa kebakaran akan dapat membina semua rumah mereka di tapak kampung itu yang merupakan rizab kampung yang sudah diwartakan”, katanya

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|