KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa pagi mengadakan “Breakfast Meeting” bersama Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya pada Sabtu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Setiausaha Dewan Negara, Encik Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Rakyat, Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha DUN Sarawak, Nur Azhar Bujang, Jurutulis DUN Johor, Zarina Abdul Kadir, Haji Zuwislan Awang (Terengganu), Mawar Awang (Perlis) dan Rafidah Maqbool Rahman (Sabah).
Mereka berada di Sabah kerana menghadiri Persidangan Setiausaha-Setiausaha Parlimen dan DUN Se-Malaysia kali pertama di Kota Kinabalu dari 8 hingga10 Ogos 2024.Persidangan 2 hari itu telah dirasmikan oleh Kadzim pada 8 Ogos 2024 di bangunan DUN Sabah.
Deasoka