TUNGKU: Mangsa serangan gajah di Bagahak pada 23 Disember lalu,Dalama Hamid,61 masih tidak dapat melupakan tragedi yang berlaku ke atas dia dan arwah suaminya Lopis Jubin,90 yang meninggal akibat serangan itu.
Dalama pula mengalami kecederaan di dada,mata,tangan dan patah pinggang dalam serangan sekumpulan 12 ekor gajah di kebun ubi mereka.
Hari ini nasib Dalama mendapat perhatian daripada pihak Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tungku dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah (JPKAS) yang hari ini menziarah Dalama di rumah untuk menyampaikan sumbangan.
Sumbangan berupa wang tunai telah disampaikan oleh Pemimpin UPPM Tungku, Abd Momen Anchai bersama Pegawai JPKA Lahad Datu, Mohd Ramli Mamma dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tungku,Zueraida Asdain serta beberapa pemimpin tempatan lain.
Dalama menceritakan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan berada di dalam sebuah pondok untuk menjaga kebun ubi mereka.
Bagaimanapun datang sekumpulan 12 ekor gajah memasuki kebun mereka dipercayai untuk mencari makanan.
Menyedari kehadiran haiwan berkenaan, pasangan suami isteri itu keluar daripada pondok berkenaan dan cuba melarikan diri.
Namun, seekor gajah telah mengejar mangsa sebelum menyerang pasangan suami isteri itu dengan menendang dan memijak mereka.
Akibat serangan gajah itu, Lopis disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di dada, mata dan tangan.
Deasoka