Henti persepsi salah kepada program TVET

Henti persepsi salah kepada program TVET

LAHAD DATU: Stigma masyarakat mengenai program TVET adalah untuk orang yang kurang pandai dan terbelakang di sekolah perlu dihentikan.

Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Lahad Datu (KKLD) Asriani Karim berkata program TVET adalah program terbuka kepada semua golongan yang ingin menambah kemahiran.

“Kita selalu dengar stigma orang ramai ini berkenaan pelajar-pelajar TVET ataupun pelajar-pelajar yang berminat dengan TVET ini adalah pelajar yang kurang pandai yang pelajar-pelajar yang terbelakang di sekolah,sebenarnya sekarang TVET ni dia terbuka kepada semua golongan, dia bukan sahaja golongan yang mungkin kurang berbakat dalam akademik, tapi golongan yang berbakat dalam akademik pun sebenarnya berminat dalam TVET ini.

“Apabila mereka ada kemahuan TVET dia menjadi satu nilai tambah yang sangat hebat sebenarnya yang boleh membawa kepada mungkin gaji yang lebih tinggi ataupun kemahiran yang lebih tinggi yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas melancarkan Bulan TVET sempena Program Riang Ria TVET yang dimulakan dengan anjuran tiga kursus pada hari ini iaitu Kursus Flower Bouquet,Kursus Patchwork Felt dan Kursus Penghasilan Kad Digital Interaktif.

Dalam majlis tersebut turut diadakan Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Jawatankuasa Penasihat Kolej yang dipengersikan oleh Mohamad Nizar Rusman. Tujuan utama penubuhan Jawatankuasa Penashat adalah untuk member bimbingan dan sokongan kepada program-program yang dijalankan di Kolej Komuniti di pelbagai peringkat dan fungsi.

Antara lain, fungsi utama Jawatankuasa Penasihat ini adalah sebagai satu badan yang berperanan sebagal “liaison” di mana program-program yang dijalankan oleh Kolej Komuniti dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli masyarakat setempat di dalam kawasan parlimen yang berkenaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|