Resort musnah terbakar

Resort musnah terbakar

SEMPORNA: Sebuah resort musnah terbakar dalam satu kejadian sekitar pukul 12.12 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman dalam satu kenyataan media berkata kebakaran melibatkan bahagian dapur dan restoran resort.

“Resort yang terbakar adalah The Buwan Dive Resort yang terletak di kawasan Kampung Tampi-Tampi,” katanya.

Menurut beliau seramai lapan orang anggota bomba dari BBP Darat Semporna dan enam orang dari BBP Air Semporna diketuai oleh Komander Operasi,Ramlee Ag. Ismail dan Komander Operasi Kanan Norhaini Jumdani dibantu oleh agensi lain termasuk PDRM dan APM.

Katanya, punca air untuk memadam api daripada pancutan sumber air jentera bomba dan sumber air laut.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|