Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komunitas Puisi Esai ASEAN, Denny JA

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komunitas Puisi Esai ASEAN, Denny JA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Penggagas Puisi Esai dan Penasihat Komunitas Puisi Esai ASEAN, Denny JA di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Isnin.

Denny JA merupakan Pendiri Lembaga Survei Indonesia dan Konsultan Politik Indonesia. Beliau terkenal menulis puisi esai melalui bukunya “Atas Nama Cinta”, kini sudah menerbitkan lebih dari 100 buku puisi di Indonesia dan Asia Tenggara berdasarkan genre baru puisi esai.

Mengiringi Denny JA ialah Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Jasni Matlani yang juga Presiden Badan Bahasa Sabah, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Aminah Awang Besar.

Menurut Denny JA, kunjungan hormat itu bagi mengucapkan terima kasih kepada Hajiji dan Kerajaan Negeri kerana membantu melaksanakan program Festival Puisi Esei sejak beberapa tahun lalu.

“Kami juga mengundang Ketua Menteri untuk melancarkan perasmian Festival Puisi Esei di Kota Kinabalu pada 7 Jun 2024”, kata Jasni.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS) diketuai oleh Presidennya, Prof Dr.Arsiah Bahron.

Beliau diberi taklimat program dan aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan oleh persatuan itu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|