Sangat Sukar dapat kebenaran LPP masuk ke Sabah, Kerajaan Perpaduan memperkasa PP-Cyril

Sangat Sukar dapat kebenaran LPP masuk ke Sabah, Kerajaan Perpaduan memperkasa PP-Cyril

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkasa Pertubuhan Peladang (PP) dengan kaedah yang lebih tersusun dan menguntungkan ahli-ahli pertubuhan itu.

Pengerusi pertama Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS), Cyril P. Yansalang berkata, setelah lebih 30 tahun berlalu, PP perlu diperkasa sesuai dengan cabaran, tuntutan dan keperluan masa kini.

Katanya, banyak pendekatan dan sistem yang digunakan sejak 30 tahun lalu tidak berapa sesuai dan tidak lagi relevan digunakan pada masa sekarang berikutan tuntutan, kemajuan dan fokus pembangunan sektor pertanian dan industri makanan.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan bagi menyokong kenyataan Pengerusi PPNS, Datuk Mohd Nazri Abdullah bersama kesemua Ahli Jemaah Pengarahnya berhubung isu PP pada 24 April 2024 lalu.

“Semasa hadir di majlis majlis kerajaan Perpaduan yang di hadiri oleh Perdana Menteri beliau selalu mengikatkan kepada pemimpin dan penyokong kerajan Perpaduan di mana kerajaan masa ini perlu menjimatkan duit rakyat.

“Mana mana agensi yang bertindih fungsi nya termasuk peladang, penternak dan Nelayan perlu di kaji semula supaya boleh menjimatkan duit kerajaan untuk di pulangkan balik kepada rakyat. Cyril adalah pemimpin Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah bersama Tan Sri Joseph Kurup yang mana Parti Bersatu Rakyat Sabah kini di pimpin oleh Datuk Arthur Joseph Kurup sebagai Presiden dan juga Timbalan Menteri Pertanian dan keterjaminan Makanan Malaysia,” katanya.

Cyril terlibat dalam membantu kemasukkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ke Sabah pada tahun 1992/1993 semasa pemerintahan Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) di mana beliau menjawat jawatan Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah ketika itu dan pengarah pertama LPP adalah Haji Mohd Sapian Mohd Hussin.

Katanya, pada masa itu negeri Sarawak menolaknya sehingga Perdana Menteri ketika itu, telah 2 kali melantik orang Sarawak iaitu Datuk Seri Dr Sulaiman Daud dan Datuk Seri Dr Apandi Norwawi sebagai Menteri Pertanian Malaysia untuk berunding dengan kepimpinan Kerajaan Sarawak ketika itu iaitu Datuk Patinggi Dr Taip Mahmud, namun Sarawak tetap menolak kemasukkan LPP ke negeri itu hingga sekarang.

“Dalam situasi begini saya melihat sesuatu keadaan itu dari segi keperluan dan peranannya. Orang besar di LPP terutama Ketua Pengarahnya perlu sentiasa ambil iktibar dan selalu melihat sejarah agar jangan sehingga sesuatu keputusan yang dibuat tanpa melihat penglibatan dan sokongan sesebuah kerajaan negeri dan rakyatnya terutama pemimpin dan ahli ahli peladang di pertubuhan peladang kawasan (PPK)

“Semasa LPP memohon persetujuan Kerajaan Negeri untuk melebarkan sayapnya ke Sabah, mereka berjanji akan membantu masyarakat peladang dengan lebih baik lagi, memberikan peruntukan yang banyak untuk negeri Sabah, sehingga memperkenalkan ‘One Line Vot’ di mana Sabah mempunyai autonomi dan boleh menukar vot peruntukan sendiri tanpa merujuk ke Kuala Lumpur.

Jika tidak semua pertubuhan Peladang di Sabah masih di bawah penyelian Kementerian dan Jabatan Pertanian negeri Sabah seperti di Sarawak. di antara kelebihan bila Lpp dapat masuk ke Sabah waran perjawatan boleh bertambah dan Ketua Pengarah boleh lah menikmati gred jawatan JUSA B banding dahulu bukan JUSA
dengan penempatan pegawai pegawai Lpp di PP menjadikan ramai lah pegawai di perlukan dan boleh lah KP Lpp suatu hari sampai ke Gred JUSA A. Perkara seperti ini pemimpin PP memahami dan sepatutnya orang besar di Lpp di kuala lumpur juga memahami nya.

“Janji ini diberi dengan jaminan ianya tidak akan berubah sampai bila-bila. Tetapi malangnya pada masa ini, di mana sudah peruntukan besar yang dijanjikan dan dimana sudah itu “One Line Vot” ? Saya dengar ianya sudah tidak ada. Ini perlu penjelasan oleh Ketua Pengarah LPP ketika ini, Datuk Azulita Salim.

“Kita di Sabah biasanya bersuara mengenai sesuatu berdasarkan fakta dan sentiasa bertanya apabila ianya tidak ditunaikan sesuai dengan janji dan persetujuan yang dicapai terdahulu”, tegasnya.

Cyril P. Yansalang berkata, beliau memimpin PPN selama 9 tahun dan adalah pengasas penubuhan PPN Sabah dan membantu kemasukan LPP ke Sabah.

Antara pemimpin PPN bersama beliau ketika itu ialah Datu Liman Datu Hussin yang pernah menjadi Pengerusi PPN kedua dan Ahli Lembaga Pengarah LPP Malaysia, Datuk Mohd Nazri Abdullah yang kini merupakan Pengerusi PPN, Datuk Ng Loi Tect dan Haji Rahim Oting yang masih menjadi AJP PPN Sabah ketika ini, Tan Sri Wences Angang yang pernah menjadi Pengurus Besar di beberapa PPK yang kemudiannya menjadi Wakil Rakyat, Menteri Kabinet serta Timbalan Ketua Menteri Sabah. Beliau kini adalah AJP PPN Sabah.

Jawatan Ahli Jemaah Pengarah Lpp Malaysia juga termasuk dalam persetujuan Lpp masuk ke Sabah itu sebab Datuk Liman adalah orang Sabah pertama menjawat jawatan tersebut. Selepas itu lama tidak ada orang Sabah di lantik sehingga masa pemerintahan PN/BN Datuk Matbalih Musa kini Ahli Parlimen Sipitang pernah menjawat jawatan tersubut. Tidak konsisten perlantikan ini juga sepatutnya Kp Lpp perlu beri penjelasan kepada Sabah

“Banyak liku-liku perjuangan yang sukar ketika itu yang banyak orang muda tidak tahu. Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini untuk menyokong kenyataan Datuk Mohd Nazri Abdullah dan kesemua AJP PPN Sabah, baru-baru ini”, tegasnya.

Menurutnya, semasa menghadiri Majlis Jamuan Makan Malam sempena Mesyuarat Agong PPN Sabah Tahun 2023, beliau dan Datu Liman turut hadir dan sempat bersama mantan Pengarah LPP yang pertama, Haji Mohd Sapian yang kini merupakan Presiden Alumni LPP Malaysia.

Katanya, masih segar dalam ingatan beliau tentang perjalanan membawa masuk LPP ke Sabah yang penuh liku-liku.

Menurutnya, sebagai bekas pemimpin peladang, beliau melihat layanan tidak adil LPP Malaysia terhadap kakitangannya di Sabah.

Beliau mengambil contoh, ada pegawai dan staff LPP Sabah yang digalakkan belajar di universiti dengan bayaran gaji sepenuh. Namun selepas mereka tamat pengajian dan memperolehi ijazah serta layak mengisi kekosongan jawatan gred 41, malangnya pegawai itu tidak dilantik, sebaliknya peluang itu diberikan kepada orang baru dari Semenanjung Malaysia.

“Ada juga pegawai yang telah tamat belajar dan terpaksa menunggu bertahun-tahun dan menjalani banyak kali temuduga baru mendapat peluang kenaikan pangkat dan tidak dapat kenaikan pangkat terus. Contohnya Pengurus Besar PPK Kuala Penyu yang tidak lama lagi akan bersara dalam perkhidmat. Padahal ini adalah antara yang dijanji oleh Kerajaan Persekutuan semasa kemasukan LPP ke Sabah”, tambahnya.

Cyril menegaskan, Ketua Pengarah LPP sekarang, Datuk Azulita Salim dan Timbalannya, Encik Amir Matamin sudah berkhidmatan dengan LPP masa itu dan mereka mengetahui betapa sukarnya LPP mahu melebarkan sayapnya di Sabah ketika itu.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|