Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kesihatan

Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kesihatan

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad di kediaman rasmi Ketua Menteri-Sri Gaya pada Ahad.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Politiknya, Mohammad Faisal Ismail dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr.Asits Sanna.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dr Dzulkefly berada di Sabah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Auditorium Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sabah Malaysia (UMS).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|