Hajiji tempelak Bung Moktar susulan dakwaan GRS kerajaan pengumuman

Hajiji tempelak Bung Moktar susulan dakwaan GRS kerajaan pengumuman

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menempelak kenyataan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah susulan dakwaannya yang mengatakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya sekadar kerajaan pengumuman.


Menurut beliau, kenyataan Datuk Seri Bung Moktar Radin itu amat naif dan ketinggalan zaman kerana tidak menilai usaha kerajaan dalam menangani pelbagai isu negeri, rakyat.

“Saya ingat dia yang mungkin tidak tahu keadaan, apa yang kita buat, kerajaan lakukan program-program untuk rakyat.

“Saya ingat dia ketinggalan zaman, dia tidak tau, dia tau khayalan diri dia sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Kota Kinabalu, semalam.

Terdahulu, Bung Moktar pada Selasa lalu berkata, pemimpin-pemimpin GRS dilihat banyak membuat pengumuman namun rakyat masih berhadapan dengan masalah infra, kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air selain tidak mendapat peluang pekerjaan sewajarnya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|