Hajiji santuni ketua jabatan negeri dalam majlis kesyukuran sambut Ramadan

Hajiji santuni ketua jabatan negeri dalam majlis kesyukuran sambut Ramadan

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengadakan Majlis Kesyukuran Menyambut Bulan Ramadan bersama ketua-ketua jabatan negeri Sabah di kediamannya di Kampung Serusup di Tuaran, pada Jumaat.

Majlis kesyukuran itu turut dihadiri isterinya, Datin Seri Datuk Juliah Salag.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) Sabah, Datuk Zainudin Aman.

Kira-kira 200 ketua-ketua jabatan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menghadiri majlis kesyukuran berkenaan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|