GRS, PH Sabah selayaknya tentu gabungan: Hajiji

GRS, PH Sabah selayaknya tentu gabungan: Hajiji

KOTA KINABALU: Presiden PGRS, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan GRS dan PH Sabah berhak menentukan hala tuju gabungan serta kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut beliau, aspirasi berkenaan adalah penting dengan citra rakyat di Sabah yang tidak mahu masa depan negeri dicorak pengaruh politik luar.

“GRS, PH PLUS adalah kerajaan negeri. Kita yang menentukan hala tuju kita Sabah.

 “Kita tidak mahu orang lain yang menentukan masa depan kita di sini. Jadi sebagai sebuah kerajaan yang ada pada hari ini, bagi saya kita kena membuat satu formula yang terbaik untuk negeri kita..,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAR) kedua PGRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama di antara parti lain, Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya sentiasa membuka pintu rundingan demi kebaikan rakyat Sabah.

“Tapi ini bukan bermakna bahawa kita tidak boleh bekerjasama dengan lain-lain parti. Kita boleh demi kebaikan Sabah. 

“Jadi saya melihat ini sebagai sesuatu yang kita anggap positif dan mudah-mudahan walaupun itu ada. Tetapi makna dia tidak juga berarti tidak bekerjasama dengan parti lain,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|