Gandingan baharu menjelang PRN Sabah: Bung Moktar

Gandingan baharu menjelang PRN Sabah: Bung Moktar

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak menolak kemungkinan mengenai gabungan baharu yang bakal dianggotai oleh parti itu termasuk Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Menurut Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, situasi politik pada ketika ini tidak memungkinkan mana-mana parti di negeri itu memenangi PRN secara solo.

“Mana-mana parti tidak boleh bergerak solo pada ketika ini sebab ini realitinya.

“Jadi kita perlu satu gabungan atau gagasan dengan mana-mana pihak yang kita rasa boleh bekerjasama dengan kita….Inilah parti-parti yang tercicir, yang PGRS tidak pakai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu majlis penyerahan Watikah Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan Komuniti Desa Madani di Kota Kinabalu pada Jumaat.

Jelas Bung Moktar, pada masa sama, faktor pengundi muda juga menurutnya turut akan mempengaruhi dinamika politik serta keputusan UMNO di negeri itu yang telah menyaksikan pemerintahan beberapa gabungan politik sejak beberapa penggal.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|