Elak jalan berlubang, pemandu lori maut nahas

Elak jalan berlubang, pemandu lori maut nahas

KINABATANGAN : Seorang pemandu lori sampah maut apabila terbabit nahas dalam kemalangan di Kampung Sentosa Jaya, Jalan Sandakan ke Lahad Datu, pada Sabtu.

Mangsa, Mohamad Izwan Mambasang, 39, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian dada selepas terhimpit di bahagian tempat duduk pemandu lori tersebut.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Sandakan dan dipercayai cuba mengelak jalan berlubang dan tidak rata di lokasi insiden.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan awal mendapati, akibat tindakan itu, lori dipandu hilang kawalan dan terbabas.

“Mangsa terhimpit di bahagian kerusi pemandu oleh badan bahagian hadapan kepala lori terutama di bahagian dada.

“Susulan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Kinabatangan,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|