4 sumber air di UMS dikenalpasti

4 sumber air di UMS dikenalpasti

KOTA KINABALU:  Empat sumber air telah dikenalpasti untuk menampung keperluan bekalan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Sakmud berkata, pihak geologi telah mengesan sumber-sumber air berkenaan dan proses penggerudian akan dilaksana dalam tempoh terdekat ini.

Jelas beliau, tindakan itu adalah bagi memastikan sumber air berkenaan dapat digunakan atau sebaliknya.

“Proses penggerudian akan dibuat secepat mungkin bagi memastikan bahawa memang ada sumber air di bawah itu mengikut kajian daripada pihak geologis.

“Apabila kita mengenalpasti bahawa sumber air ini mencukupi dan kita akan buat proses penggerudian baru kita akan buat loji penapis dan juga saluran paip ke hostel pelajar.

“Jadi saya menggesalah kepada semua pihak kita akan pastikan projek ini akan dapat disiapkan mengikut kontrak yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mendengar taklimat penggalian telaga tiub di UMS, hari ini.

Mengulas lanjut, pihak kementerian akan menumpukan usaha bagi mengatasi masalah bekalan air di UMS dalam jangka panjang.

Jelas Mustapa lagi, peruntukkan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini digunakan untuk proses menggali telaga, manakala tambahan RM2 juta oleh kementerian pula untuk tujuan sistem perpaipan dan peruntukkan tersebut disalur kepada Unit Perlaksanaan Penyelarasan (ICU).

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|