Blok pekerja musnah terbakar di Jalan Penampang

Blok pekerja musnah terbakar di Jalan Penampang

PENAMPANG: Lima blok rumah pekerja musnah dalam kebakaran di Jalan Penampang, berhampiran restoran Living Seed Bandar Baru Penampang petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 3.52 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk operasi pemadaman.

“Kebakaran ini melibatkan lima blok rumah pekerja jenis tidak kekal dengan setiap blok 10 pintu telah terbakar 100 peratus.

“BBP Penampang menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki, 4 pancutan dan sumber air dari pili bomba berhampiran manakala BBP Kota Kinabalu menjalankan operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 300kaki 2 pancutan sumber air dari Water Tanker.

“Operasi dilaporkan terkawal pada jam 4.50 petang tadi,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|