Dua warga emas maut

Dua warga emas maut

BEAUFORT: Dua warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam nahas membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan Perodu Myvi di Jalan Lingkungan, Beaufort.

Dalam kejadian sekitar jam 1.56 petang, mangsa lelaki berusia 69 manakala seorang lagi wanita, 65 tahun meninggal dunia di lokasi insiden.

Menurut jurucakap PRO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Laporan awal kemalangan ini melibatkan dua buah kenderaan, jenis Toyota Unser bertembung kereta jenis Perodua Myvi.

“Terdapat empat orang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba. “Pasukan EMRS memberi rawatan awal kepada dua mangsa cedera dan seterusnya serah mangsa kepada pihak Ambulan untuk dihantar ke Hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya, manakala dua mangsa lagi disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dan seterusnya serah mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|