Ditemui mati lemas selepas hilang sejak Selasa

Ditemui mati lemas selepas hilang sejak Selasa

KINABATANGAN: Seorang lelaki yang hanyut ketika memasang kabel besi di Sungai Ulu Segama pada Selasa lalu ditemui mati hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah (JBPM) operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan sepenuhnya hari ini.

Mangsa telah ditemui orang awam pada jarak 500 meteri dari kawasan sebuah ladang sawit pada malam tadi dan pagi tadi pasukan bomba ke lokasi mangsa bagi mengangkat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Operasi mengangkat dan mengeluarkan mangsa dibantu oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan pekerja ladang tersebut.

Lelaki tersebut yang berusia 51 tahun bersama dua lagi rakan menaiki bot pada Selasa lalu untuk kerja di kawasan sungai tersebut.

Namun disebabkan arus sungai yang deras bot mereka telah hanyut, dua rakan mangsa yang lain berjaya menyelamatkan diri.

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|