Warisan sokong kerajaan perpaduan

Warisan sokong kerajaan perpaduan

Kota Kinabalu: Parti Warisan menyokong pembentukan kerajaan perpaduan untuk mentadbir negeri Sabah.

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pendirian itu dibuat selepas perjumpaan dibuat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

“Saya bersama Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Warisan juga menyokong penuh Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-Undang Belakalan Gas 2023.

“Ia selaras dengan perjuangan Parti Warisan untuk melaksanakan dengan penuh Perjanjian Malaysia 1963,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Shafie berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-16, hari ini.

Bagaimanapun katanya, ketidakhadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan ke sidang Dewan Undangan Negeri adalah atas sebab perlunya penubuhan secepat mungkin jawatankuasa khas.

“Ia perlu diwujudkan untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah selaras dengan perbincangan di dalam pertemuan dengan YAB Perdana Menteri,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|