Wanita maut, motosikal dibonceng rempuh tiang lampu

Wanita maut, motosikal dibonceng rempuh tiang lampu

PUTATAN: Seorang wanita maut selepas motosikal diboncengnya terbabit nahas dalam insiden berhampiran Kem Lok Kawi, Jalan Papar-Kota Kinabalu, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 2 pagi itu, mangsa berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal, remaja lelaki,19, parah dan kini dirawat di hospital berdekatan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton dalam kenyataan medianya hari ini mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu ke Papar.

“Hasil siasatan polis mendapati motosikal tersebut dibawa dala keadaan laju sebelum terbabas dan merempuh tiang lampu di tengah pembahagi jalan di lokasi berkenaan.

“Impak daripada kemalangan tersebut, pembonceng motosikal, seorang wanita telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakal penunggang motosikal seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun telah mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|