Wanita ditemui meninggal dunia dalam kereta

Wanita ditemui meninggal dunia dalam kereta

Tambunan: Seorang wanita meninggal dunia selepas ditemui terperangkap dalam kereta di Jalan Sinurambi, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang masih belum dapat dikenalpasti identitinya ditemui di dalam kereta Perodua Axia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.41 pagi.

Katanya, sepasukan empat anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan terus dikerah ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung insiden kereta terkunci dan terdapat seorang mangsa terperangkap.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pasukan polis yang hadir di lokasi kejadian.

“Pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 6.50 pagi” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|