Victor Sanjos terima baton komander Esscom

Victor Sanjos terima baton komander Esscom

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menyaksikan majlis penyerahan tugas daripada Deputi Komisioner Polis (DCP), Mohd Ali Tamby kepada DCP Victor Sanjos sebagai komander baharu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Mohd Ali yang baru menggantikan DCP Datuk Hamzah Ahmad pada 18 Mei akan ke Kelantan untuk mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Polis.

Pelantikan Victor bermula pada 3 Julai.

Majlis ringkas itu telah diadakan di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Setiausaha Dalam Negeri dan Penyelidikan Negeri Datuk Awang Shahminan Awang Sahari.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|