Usaha ‘remajakan’ APM kini berjalan

Usaha ‘remajakan’ APM kini berjalan

SANDAKAN: Proses ‘peremajaan’ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang dikaji bagi memastikan agensi itu kekal relevan.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, langkah itu sejajar dengan kehendak semasa selain usia agensi yang sudah mencecah 71 tahun.

Katanya, kajian kanvas sudah mula dijalankan dan negeri Sabah menjadi pilihan selepas melihat kesesuaian dan kelebihan penugasan Akta 221 APM melibatkan daratan, laut, pulau dan gunung.

“Di Sabah ini ada pelbagai kelebihan dari segi penugasan Akta 221, ada sempadan darat, sempadan laut, ada pulau ada gunung, pernah berlaku gempa bumi, OPS daulat, yang mana di negeri lain perkara itu telah lama berlaku atau tidak pernah berlaku, jadi penumpuan atau pun kajian di sabah ini kita akan bentangkan kepada pihak kementerian.

“Kita akan bentangkan dalam bulan dua (Februari 2024) kita tengok adakah menteri bersetuju dengan hasil kanvas tu, kanvas kita dah jalankan, “katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Aspresiasi Penganugerahan Pingat dan Reben APM Sabah bagi Zon Sandakan dan Zon Tenggara tahun 2023 di Sandakan, hari ini.

Untuk rekod, seramai 193 pegawai dan anggota menerima penganugerahan pingat atas khidmat cemerlang penugasan masings-masing sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Aminurrahim berkata, APM Sabah bakal menerima sebanyak 32 motosikal yang disumbangkan oleh kerajaan untuk operasi penugasan di negeri ini.

Jelasnya, pemberian berkenaan akan diagihkan mengikut daerah-daerah yang memerlukan di antaranya, di Pantai Timur Sabah.

“Seperti saya nyatakan, kita akan memberikan motosikal sebanyak 32 buah di mana akan diagihkan mengikut kesesuaian tempat dan juga jarak mereka bertugas…ia juga selain daripada ESSZONE tersebut, kenderaan motosikal itu diberikan kepada penugasan Op Ramah,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|