Bukan berpecah kepimpinan: Bung Moktar

Bukan berpecah kepimpinan: Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menolak dakwaan parti itu kini berpecah dan membentuk dua kumpulan.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai presepsi yang dimainkan oleh pihak tertentu demi memecah belahkan kesatuan dalam UMNO Sabah demi kepentingan politik mereka.

Katanya memang UMNO Sabah berpecah kepada beberapa kumpulan tapi bukanya berpecah dari segi kepimpinan tapi dipecahkan kepada beberapa kumpulan pemikir yang akan merangka pelan strategi yang lebih berkesan memenangi hati rakyat khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kita perlu kumpulan pemikir menggariskan plan stragei dan hala tuju untuk parti sebagai persiapan unggul menuju PRN akan datang” katanya ketika ditemui selepas marasmikan Retreat UMNO Bahagian Kota Kinabalu di Putatan, semalam.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO bekata demikian sebagai mengulas isu yang cuba ditularkan oleh pihak tertentu dimedia sosial yang kononnya UMNO Sabah telah berpecah ekoran pertemuan beberapa pemimpin UMNO bersama Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini.

Menurutnya sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat mereka berhak berjumpa Ketua Menteri bagi menyampaikan isu yang dihadapi oleh rakyat di kawasan masing-masing.

“Mereka ADUN yang dipilih oleh rakyat, tidak salah mereka berjumpa Ketua Menteri sampaikan masalah atau isu yang dihadapi rakyat di kawasan masing-masing.

“Jika Ketua Menteri menghormati Kerajaan Perpaduan ,beliau perlu memberi ruang untuk bertemu dan mendengar keluh kesah rakyat terutamanya Adun-Adun dari UMNO yang ketika ini di Sabah diletakan seperti Adun Pembangkang,” katanya.

Sehubungan dengan itu Bung mengingatkan ahli-ahli UMNO agar tidak terpengaruh dengan sentimen beberapa pihak yang sengaja menularkan di media sosial UMNO Sabah berpecah sebagai satu perang psikologi dan propaganda yang merupakan strategi mereka untuk memecah belahkan kesatuan yang sedia ada.

“Sebab itu kita pecahkan kumpulan mengikut Zon atau bahagian bagi memikir dan merancang plan strategi yang lebih berkesan untuk menambat hati rakyat dan memenangi pilihanraya yang kemudiannya kita rumuskan menjadi satu plan strategi yang boleh diguna pakai sebagai manifesto parti bila menghadapi PRN” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Bung Moktar berkata, UMNO bahagian Kinabalu adalah antara bahagian yang mengambil peranan ini dengan mengadakan retreat bagi mencari keadah yang lebih berkesan memperkukuhkan parti dan ianya akan disusuli oleh UMNO bahagian-bahagian lain.

Katanya, Retreat bukan semata-mata instrumen memperkasa jentera untuk pra-pilihan raya sahaja, sebaliknya ia merupakan platform yang mencakupi segala aspek termasuk kebarangkalian ketika PRN berlangsung lebih awal.

“Kita melatih mereka yang mana pimpinan ini akan turun ke bahagian masing-masing untuk melatih pula di peringkat cawangan.

“Kesiapsiagaan jentera itu amat penting bagi menghadapi pilihan raya” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|