UMNO Sabah tidak pertikai perlantikan GLC ke sidang DUN: Suhaimi

UMNO Sabah tidak pertikai perlantikan GLC ke sidang DUN: Suhaimi

KOTA KINABALU: UMNO Sabah tidak pernah mempertikaikan dan membawa isu perlantikan Pengerusi atau Ahli Lembaga Pengarah Syrikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang dilantik oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir berkata, meskipun diketahui umum hampir semua GLC di negeri ini, jawatan pengerusi serta ahli Lembaga pengarahnya di anggotai oleh Wakil Rakyat ,Ketua Bahagian, UMNO Sabah tidak pernah mempolitikkannya sebagai satu isu semasa sidang DUN.

Justeru tindakan ADUN Sinduman Datuk Dr Yusof Yakob membuat provokasi dan fitnah semasa sidang DUN baru-baru ini yang memertikaikan perlantikan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pusat Giat Mara di kawasan-kawasan Parlimen di Sabah Sabah dianggap tidak wajar dan keterlaluan.

“Tidak wajar bagi beliau (Yusuf) membangkitkan isu ini dalam ucapan perbahasan di sidang DUN, sidang Dun merupakan flatfrom untuk membawa isu-isu Pembangunan untuk rakyat bukan untuk mempolitikkan isu menyerang parti lain.

“Sebagai bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat beliau seharusnya lebih peka dan memahami peraturan dewan dimana isu isu yang dibangkikan perlu menjurus kepada isu-isu pembangunan rakyat bukanya menyentuh soal politik” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Yusof membangkit isu tersebut dalam persidangan DUN Sabah baru-baru ini.

Menurut Suhaimi yang juga Ahli Parlimen Libaran didalam membangkitkan isu tersebut Yusof bukan sahaja melakukan provokasi yang melampau.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|