Asrama musnah terbakar di SK Kuala Abai

Asrama musnah terbakar di SK Kuala Abai

KOTA BELUD: Sebuah blok asrama musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan Kuala Abai, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, memusnahkan seratus peratus struktur bangunan berkenaan. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran terbabit.

“Kita menerima panggilan jam 6.15 petang sebelum sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud digegaskan ke sekolah tersebut bagi operasi memadam kebakaran.

“Jarak balai bomba ke lokasi kira-kira 12 kilometer dan setibanya ke tempat kejadian, didapati sebuah blok bangunan dipercayai asrama pelajar telah terbakar.

“Operasi pemadaman terkawal pada jam 8.18 malam tadi, “katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|