Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kereta

SANDAKAN: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di sebuah kenderaan dalam kejadian di Sri Taman Sandakan, dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.39 pagi sebelum sepasukan anggota digegaskan ke lokasi terbabit.

“Laporan awal mendapati, seorang mangsa lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kenderaan jenis Nissan Livina yang terkunci.

“Pasukan Bomba bertindak membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas.

“Setelah pemeriksaan dijalankan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi berkenaan ditamatkan pada jam 9.57 pagi tadi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|