UMNO Sabah tetap relevan, parti bermaruah – Bung Moktar

UMNO Sabah tetap relevan, parti bermaruah – Bung Moktar

Kota Kinabalu: Apapun yang berlaku, UMNO Sabah tetap relevan dan berfungsi sebagai sebuah parti yang bermaruah.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah mengguling dan membentuk kerajaan merupakan dua tindakan yang berbeza.

“Tujuan kita adalah untuk memperbetulkan hala tuju politik agar rakyat dan Sabah menjadi sebuah negeri yang mampu dibangunkan.

“Mengguling ini bermakna dia membinasakan, jadi mesti ada definisi berbeza. InsyaAllah, kita bukan mengguling.

“Apa pun kita buat, iaitu untuk menentukan rakyat Sabah mendapat tempat yang sebenarnya oleh pemerintahan pada ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya sekiranya bakal ada langkah lain untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

Mengulas lanjut mengenai situasi politik di negeri ini Bung Moktar berkata, walaupun kelihatan tenang, pergolakan masih belum selesai.

“Politik ini tidak pandai selesai walaupun di Sabah sudah tenang tapi pergolakannya masih tidak selesai disebabkan pembentukan kerajaan pada peringkat awal adalah daripada UMNO dengan Perikatan Nasional (PN).

“Dan ini pun menjadi persoalan jadi tidak apa, orang mahu bermain politik kita main politik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai lima nasib Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yabg tidak menyokong keputusan parti menarik sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, beliau berkata ia akan ditentukan kelak.

“Ia akan ditentukan oleh parti dan kita tunggu apa yang parti boleh lakukan untuk kelima-lima yang bertindak di luar jangka ini.

“Kita belum (usulkan kepada lembaga disiplin), sebab ada proses-proses tertentu yang perlu kita ikuti,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|