Ubah suai Myvi jadi Passo, disaman

Ubah suai Myvi jadi Passo, disaman

Kota Kinabalu: Tindakan seorang lelaki mengubah suai identiti kereta Perodua Myvi kepada Toyota Passo mengundang padah apabila dikenakan tindakan saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, kelmarin.

Pemilik kereta itu turut diberi notis arah periksa atas kesalahan berkenaan oleh Unit Operasi JPJ Sabah.

Lelaki itu juga diarahkan untuk menukar kembali identiti asal kenderaannya bagi mengelak dikeluarkan notis ingkar arah periksa kenderaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|