Tun Juhar angkat sumpah jawatan TYT bagi penggal ke-4

Tun Juhar angkat sumpah jawatan TYT bagi penggal ke-4

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini melafaz sumpah jawatannya bagi penggal yang keempat.

Beliau kemudiannya menandatangani Surat Cara Angkat Sumpah Jawatan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim.

Tun Juhar melafaz sumpah jawatan TYT bagi penggal keempat. Ihsan Jabatan Penerangan

Istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu itu dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang turut menyampaikan ucapan tahniah dan lafaz ikrar taat setia.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya; menteri-menteri Kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong dan ketua-ketua jabatan.

Tun Juhar (kanan) menandatangani Surat Cara Angkat Sumpah Jawatan TYT, sambil dibantu Setiausaha Perhubungan Kepada TYT Sabah, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir. Ihsan Jabatan Penerangan

Pada 23 Disember lalu, Tun Juhar menerima Surat Cara Pelantikan bagi menyambung tempoh perkhidmatannya selama dua tahun daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Abang Iskandar (kiri) menyaksikan Tun Juhar (kanan) menandatangani Surat Cara Angkat Sumpah Jawatan TYT. Ihsan Jabatan Penerangan

Tun Juhar, 69, dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Sabah sejak 1 Januari 2011.

Hajiji (tengah) menyampaikan ucapan tahniah dan lafaz ikrar taat setia. Ihsan Jabatan Penerangan.

Beliau adalah TYT pertama yang diberikan amanah itu lebih 10 tahun selepas pindaan Perlembagaan Negeri Sabah bagi memansuhkan had tempoh dua penggal perkhidmatan TYT diluluskan DUN Sabah pada 2018.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|