PAPAR: Sebuah rumah teres musnah, manakala dua lagi terjejas teruk dalam kebakaran di Taman Nagapas, dekat sini, pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2.15 pagi sebelum sepasukan anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi.
“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar telah digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan orang awam.
“Kebakaran ini melibatkan tiga buah rumah teres dengan salah satunya musnah 100 peratus, manakal dua lagi terjejas 75 dan 70 peratus, “katanya.
Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kebakaran itu dan operasi berjaya ditamatkan pada jam 4.57 pagi. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Deasoka