Wanita mengandung maut dalam nahas Jalan Lintas

Wanita mengandung maut dalam nahas Jalan Lintas

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang difahamkan sedang mengandung meninggal dunia selepas terbabit nahas dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Lintas, berhampiran City Mall, dekat sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah memaklumkan telah menerima panggilan pada jam 12.03 tengah malam berhubung insiden berkenaan.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan terbabit.

“Setibanya di lokasi, didapati dua buah kenderaan telibat kemalangan dan disyaki bertembung.

“Terdapat tiga orang mangsa terlibat terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki di dalam kereta Proton Iswara berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan seterusnya dihantar ke Hospital menggunakan Jentera EMRS dan Ambulan KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang mangsa perempuan yang dipercayai sedang mengandung disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan KKM dan diserahkan kepada Pihak Polis untuk tindakan lanjut, pemandu Toyota Hilux itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Operasi terbabit ditamatkan pada jam 1.14 pagi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|