Lelaki Autisme ditemukan selamat

Lelaki Autisme ditemukan selamat

PAPAR: Hampir seharian hilang, seorang lelaki autisme berjaya ditemukan selamat oleh sekumpulan penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Benoni, di sini.

Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 7 pagi sejak semalam dari kediaman mereka di Kg Sumbiling, Mogon.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah memaklumkan sebaik menerima laporan tersebut, satu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah dijalankan di lokasi sekitar kampung berkenaan.

“Ahli keluarga mangsa telah hadir ke balai untuk memaklumkan lelaki tersebut berjaya ditemukan oleh sekumpulan orang awam di Kg Benoni, Papar.

“Operasi SAR itu kemudiannya ditamatkan pada jam 9.17 malam semalam,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|