Tiga individu melecur, dapur restoran terbakar

Tiga individu melecur, dapur restoran terbakar

Kinabatangan: Tiga individu melecur selepas bahagian dapur sebuah restoran di Kampung Gumantong Jaya, di sini, terbakar, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Mohammad Sarkawi Saperi, 20, melecur muka, kaki dan lengan, manakala Sabar Banto, 44, melecur 27 peratus di kaki, tapak tangan dan leher.

Pasukan bomba memeriksa dapur restoran yang terbakar.

Seorang lagi mangsa dikenali sebagai Rosmini, 44, melecur di bahagian muka, leher dan kaki.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan jam 3.19 petang, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan digerakkan ke tempat kejadian.

“Kebakaran melibatkan dapur memasak jenis kekal terbakar 10 peratus. Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam sebelum jentera tiba di lokasi.

“Terdapat tiga mangsa terlibat mengalami kecederaan melecur dihantar ke Hospital sebelum ketibaan jentera untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi terkawal pada 4.22 petang dan operasi tamat sepenuhnya dua minit kemudian,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|