Gudang penyimpanan kayu musnah terbakar

Gudang penyimpanan kayu musnah terbakar

Keningau: Sebuah gudang penyimpanan kayu di Batu 27, di sini, hangus dalam kebakaran, petang tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Gudang penyimpanan kayu yang terbakar di Keningau.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 5.15 petang.

Katanya, sepasukan 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera bomba (FRT) serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau digerakkan ke lokasi kebakaran.

“Kebakaran melibatkan gudang tempat penyimpanan kayu jenis tidak kekal terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba bertindak mengawal dan memadam kebakaran menggunakan dua aliran, empat pancutan dari sumber air tangki jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, kerja pemadaman masih lagi dijalankan namun keadaan api terkawal.

“Api terkawal jam 6.15 petang dan pasukan bomba masih menjalankan operasi pemadaman.

“Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|