Tiga kanak-kanak mati lemas mandi kolam buatan

Tiga kanak-kanak mati lemas mandi kolam buatan

KUDAT: Tiga kanak-kanak mati lemas selepas dipercayai mandi di kolam buatan dalam kejadian di Kampung Perpaduan Ria Satu, dekat sini.

Kesemua mangsa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan berusia antara tujuh hingga 11 tahun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu kira-kira jam 5.36 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Berdasarkan maklumat awal, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat menerima panggilan berhubung kejadian tiga kanak-kanak di khuatiri lemas selepas mandi kolam buatan yang terbiar di lokasi berkenaan.

“Setibanya ke lokasi, bomba dapati kesemua mangsa telah dibawa keluar kolam oleh orang awam.

“Ketiga-tiga mereka telah diberikan CPR oleh petugas perubatan dan pegawai EMRS dan seterusnya dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut, “katanya.

Kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|