Pelan Pembangunan Penampang, kita komited jayakan dengan sokongan PM,KM: Ewon

Pelan Pembangunan Penampang, kita komited jayakan dengan sokongan PM,KM: Ewon

PENAMPANG: Pelan Pembangunan Penampang 2024 – 2035 yang dilancarkan sempena perasmian Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2023, oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi input penyediaan rancangan pembangunan kerajaan peringkat negeri dan persekutuan di kawasan ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, beliau komited menjayakan pelan pembangunan itu dengan adanya sokongan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

“Penyediaan pelan ini dijayakan oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah melibatkan kajian dan sesi libat urus dengan rakyat Penampang dalam tempoh enam bulan menggunakan peruntukan saya sebagai Ahli Parlimen tahun ini.

“Inilah pendekatan saya untuk menguruskan pembangunan di kawasan Penampang dengan lebih terancang dan bersepadu.

“Dengan peluncuran pada hari ini, saya berharap semua kementerian, jabatan dan agensi dapat menjayakan wawasan saya ini serta harapan rakyat Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada siding media selepas perasmian Karnival HPPK Peringkat Kebangsaan 2023, di Buhavan Square, di sini, hari ini.

Sambutan Karnival HPPK Peringkat Kebangsaan 2023 itu dianjurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ewon berkata, dengan pelancaran Pelan Pembangunan Penampang, beliau akan menyusuli semua kementerian, jabatan dan agensi kementerian berkenaan yang terkait dalam pelaksanaan pelan pembangunan itu.

“Saya akan usahakan inisiatif ini secara konsisten bagi mendapatkan seberapa banyak kemudaan yang diperlukan oleh rakyat Penampang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Penampang.

“Dengan peruntukan permulaan sebanyak RM2 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, saya peraya ia boleh menyelesaikan beberapa keperluan kecil di kawasan ini,” katanya.

Terdahulu itu ketika berucap, Ewon memohon peruntukan khas kepada Perdana Menteri untuk memulakan projek berskala kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat segera kepada rakyat Penampang.

“Antaranya penyelenggaraan dan pembaikpulihan parit, sungai dan kerosakan akibat banjir, pembinaan jalan baharu terutama daripada Kg Timpangoh Babagon ke Kg Putaton Inobong, pembangunan rumah-rumah ibadat dan pembinaan asrama-asrama desa untuk pelajar-pelajar-pelajar di beberapa sekolah di Penampang,” katanya.

Ewon berkata, bagi projek-projek berskala besar seperti tebatan banjir, pembinaan sekolah baharu, pembinaan semula dewan masyarakat, pembangunan pekan Kepayan, penaiktarafan kemudahan uitili dan pembangunan-pembangunan lain beliau akan susuli secara bertulis dan konsisten dengan kementerian berkenaan.

“Saya juga berharap projek-projek tertangguh yang kini dalam proses perolehan dan konsultansi seperti Tamu Donggongon, Klinik Kesihatan, Bekalan Air Luar Bandar Moyog, naiktaraf jalan dan lampu jalan dapat dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, keperluan pembangunan itu perlu dilaksanakan sesuai dengan kecepatan pembangunan Penampang sebagai “second city to Kota Kinabalu” dalam konteks Greater Bandaraya Kota Kinabalu serta penaiktarafan Majlis Daerah Penampang sebagai Majlis Perbandaran.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|