Kota Kinabalu: : Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), Datin Seri Juliah Salag telah merasmikan perlawanan persahabatan tenpin boling Ahli MUTIARA GRS dan badan bukan kerajaan (NGO) wanita Sabah.
Beliau yang juga isteri kepada Ketua Menteri telah menyempurnakan acara itu yang diadakan di Galaxy Bowl, Centre Point, pada Selasa.

Terdahulu, seramai 14 kumpulan NGO telah menyertai perlawanan persahabatan anjuran Biro Sukan MUTIARA GRS itu.
Penganjuran perlawanan persahabatan tenpin boling Ahli MUTIARA GRS dan badan bukan kerajaan (NGO) wanita Sabah antaranya bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim NGO wanita di negeri ini.
-Deasoka