Tanah runtuh, pokok tumbang, Jalan Ranau – Sandakan tidak boleh dilalui

Tanah runtuh, pokok tumbang, Jalan Ranau – Sandakan tidak boleh dilalui

Kota Kinabalu: Hujan lebat berterusan sejak malam tadi, menyebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang di kilometer 167.9, berhampiran kawasan Hutan Simpan Taviu, Ranau, di sini.

Kejadian itu menyebabkan Jalan Ranau ke Sandakan tidak dapat dilalui oleh mana-mana jenis kenderaan, pagi tadi.

Kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan oleh JKR.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan melalui Facebook rasmi hari ini, tiada jalan alternatif boleh dilalui pengguna jalan raya ketika ini.

Katanya, ketika ini kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan oleh JKR Sabah.

“Kejadian berlaku dipercayai akibat hujan lebat berterusan sepanjang malam tadi. Pemeriksaan dan pemasangan Traffic Management Plan telah dilakukan di kawasan berkenaan.

“JKR Sabah menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengambil berhati-hati,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|