Kinabatangan: Pembinaan Taman Bandar Paris dan Taman Lewaja merupakan usaha pemaju tempatan sabah untuk meningkatkan mutu kehidupan penduduk di Kinabatangan.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Dayang Norhayati Titing berkata, selain itu, Kota Paris Kinabatangan yang maju juga dilihat menjadi penyelesaian bagi permasalahan jalan raya,bekalan air bersih dan kemudahan asas termasuk untuk golongan belia di daerah berkenaan.
“Antara permintaan yang diadukan adalah kelengkapan padang dan apabila saya jumpa saya ke kampung rata-rata belia akan mengutarakan perkara yang sama mereka mahukan gelanggang futsal dan padang ini.
“Jadi salah satunya kita sekarang ni memang ke arah usahakan jadi, Insyaallah mungkin saya harap wakil-wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu dapat menjalankan tanggungjawab mereka dan saya selaku wakil kepada Ketua Menteri akan menyampaikan apa yang diinginkan suara-suara anak muda di kawasan ini, ” katanya.
Deasoka