Bangunan JHEWA bakal dibina di Tawau

Bangunan JHEWA bakal dibina di Tawau

Tawau: Daerah Tawau bakal mempunyai bangunan Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) sebagai mekanisme dan kemudahan usahawan wanita di daerah itu.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, bangunan yang berkonsep Pusat Sehenti (One Stop Centre) tersebut akan memudahcara para usahawan wanita mempamerkan dan memasarkan produk mereka.

Jelasnya, langkah membina bangunan terbabit akan dibincangkan di peringkat kementerian dan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diminta untuk memberikan kerjasama untuk pembangunan bangunan berkenaan.

“Kita telah minta kepada setiausaha tetap dan Pengarah Jhewa supaya menyediakan kertas kerja bagi tujuan pembinaan bangunan ini.

“Saya juga telah memohon kepada Presiden MPT supaya menyediakan tapak untuk pembinaan yang kita akan masukkan dalam RMK-13, saya sendiri akan bentangkan di kabinet DUN Sabah nanti, ” katanya.

James berkata demikian selepas ditemui dalam majlis perasmian program JHEWANITA Fair 2023 anjuran JHEWA Sabah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), hari ini.

Program berkenaan berlangsung selama dua hari itu turut menyaksikan penyertaan lebih 120 usahawan wanita di sekitar daerah Tawau.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|