PJR pastikan kekal bekalan ayam harga berpatutan: Armizan

PJR pastikan kekal bekalan ayam harga berpatutan: Armizan


Beaufort: Kerajaan akan memastikan penawaran bekalan ayam ditambah dengan harga jualan rahmah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus supaya rakyat dapat mendapat bekalan jualan dengan harga berpatutan.


Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd pendekatan tersebut akan dibawa melalui Program Jualan Rahmah (PJR) di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan di mana tambahan pelaksanaannya dijangka pada bulan November dan Disember ini.


Menurutnya, ia merupakan salah satu strategi intervensi bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkan bekalan ayam.


“Pendekatan ini dilaksanakan dengan tumpuan terhadap kawasan yang dilaporkan mempunyai isu penjualan harga agak tinggi di pasaran tempatan, ” katanya.


Beliau berkata demikian selepas Program Jualan Rahmah Beaufort, Beaufort, hari ini.


Untuk rekod, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum 1 November lalu bagi Negeri Sabah melibatkan dua harga iaitu RM12.00/kg bagi Pantai Barat dan RM12.30/kg bagi Pantai Timur.


Di Sarawak, penetapan harga kawalan sementara ayam super sebelum ini adalah berbeza mengikut daerah dengan kadar di antara RM10.80/kg hingga RM13.90/kg. Sementara itu, harga kawalan ayam super bagi Labuan adalah RM12.30/kg.


Sementara itu, Armizan turut menambah langkah penetapan harga kawalan sementara berkenaan dilaksanakan bermula bulan Februari 2022 disebabkan harga yang terlalu tinggi pada masa tersebut yang melibatkan pemberian subsidi kepada penternak.


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|