Suspek wanita samun pemandu e-hailing, ditahan

Suspek wanita samun pemandu e-hailing, ditahan

Tawau: Seorang pemandu e-hailing berdepan detik cemas apabila disamun penumpang wanita dalam kejadian di Batu 3, Jalan Apas, di sini, selasa lalu.

Bagaimanapun, suspek wanita warga asing berusia lingkungan 20-an itu akhirnya berjaya ditahan polis pada jam 2 pagi, Khamis lalu.

Suspek wanita warga asing ditahan kerana menyamun pemandu e-hailing di Batu 3, Jalan Apas, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati, mangsa lelaki warga tempatan berusia 20-an dilaporkan mengambil suspek menerusi tempahan atas talian.

Katanya, suspek wanita itu membuat tempahan untuk dihantar ke kawasan Batu 3, di Jalan Apas, di sini, sebelum bertindak menyamun mangsa.

“Bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di kawasan Jalan Air Panas, di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau.

“Suspek kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|