Lelaki jatuh gaung 91 meter ditemui selamat

Lelaki jatuh gaung 91 meter ditemui selamat

Tuaran: Seorang lelaki bernasib baik apabila hanya mengalami cedera ringan selepas terjatuh ke gaung sedalam 91 meter dari rumahnya di Kampung Longkou Baru, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 38 tahun disedari terjatuh ke gaung oleh keluarganya sebelum menghubungi bomba jam 3.24 pagi untuk bantuan mencari kerana keadaan gelap dan kawasan semak.

Anggota menjalankan pencarian di sekitar tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 10 anggota dan pegawai digerakkan ke tempat kejadian bersama kenderaan utiliti pacuan empat roda dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan berkenaan.

Pasukan bomba menemui mangsa dalam keadaan selamat.

“Mangsa ditemui oleh pasukan bomba dalam keadaan selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Mangsa yang cedera ringan diberi rawatan awal oleh pasukan bomba.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada 5.30 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|