Stadium Likas akan dinaik taraf

Stadium Likas akan dinaik taraf

Kota Kinabalu: Kerja membaik pulih dan menaik taraf Stadium Likas bagi mematuhi spesifikasi ditetapkan Malaysian Football League (MFL) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC, Marzuki Nasir berkata ia bagi membolehkan persiapan awal Sabah FC menjadikan Stadium Likas sebagai tuan rumah kepada kejohanan besar khususnya saingan Piala AFC 2023.

Katanya kerja-kerja itu akan dimulakan secepat mungkin dan dijangka siap sepenuhnya sebelum kejohanan Piala AFC bermula pada September depan.

“Setiausaha Tetap, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah (KBSS), Datuk Mansur Asun menerusi Lembaga Sukan Sabah (LSS) komited akan memberi jaminan sekali gus menyokong serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Sabah FC.

“Ini termasuk membantu membaik pulih dan menaik taraf Stadium Likas bagi membolehkan Stadium Likas mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Malaysian Football League (MFL) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya dalam kunjungan hormat di sini hari ini.

Marzuki berkata beliau melahirkan rasa lega selepas KBSS bersetuju untuk membantu Sabah FC bagi memastikan Stadium Likas dapat dibaik pulih bagi mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Kita yakin dengan sokongan seperti ini sedikit sebanyak akan menyuntik semangat pasukan Sabah FC menghadapi kejohanan besar seperti Piala AFC ini,” katanya.

Hadir sama Pengurus dan Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee serta Pengarah Sukan Sabah FC, Scott Ollerenshaw.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|