Shahelmey secara rasmi ambil alih jawatan Presiden SAFA

Shahelmey secara rasmi ambil alih jawatan Presiden SAFA

Kota Kinabalu: Datuk Ir Shahelmey Yahya secara rasminya mengambil alih jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) bagi sesi 2023/2027.

Beliau yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah telah disahkan menang tanpa bertanding bagi jawatan itu pada Kongres Tahunan 2022 SAFA, hari ini.

Naib Presiden SAFA, Alijus @ Mohd Ali Sipil

Manakala, bagi jawatan Timbalan Presiden disandang oleh Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Datuk Awang Kadin Tang yang juga menang tanpa bertanding.

Sementara itu, Naib Presiden SAFA, Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata, beliau berharap barisan kepimpinan baharu ini akan meneruskan usaha baik yang dilakukan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) terdahulu.

“Untuk AJK baharu ini, kita berharap untuk meneruskan apa juga usaha baik yang dilaksanakan oleh AMT terdahulu.

“Kami juga akan berusaha meningkatkan di mana kekurangan selain memperbaiki urus tadbir SAFA.

“Ia demi kemajuan bola sepak Sabah dan bukan ada untuk kepentingan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Kongres Tahunan 2022 SAFA, yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), hari ini.

Sementara itu, tiga lagi Naib Presiden yang dipilih pada kongres kali ini ialah Datuk Fairuz Renddan, Rafie Robert dan Datuk Seri Ruddy Awah.

Manakala, bagi jawatan AMT pula dimenangi oleh Mohd Arziz Afizy Rumsani, Ir Mohd Arzahri Abd Rahman, Mohd Rafiuddin Gulistan, Abd Aziz Mohd Ibno, Datuk Rajak Sulaiman, Yuszaimie Abdullah, Jackson Taguah dan Rosman Hussain.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|