Seramai 500 OKU, asnaf diraikan dalam Majlis Iftar Perdana MBR

Seramai 500 OKU, asnaf diraikan dalam Majlis Iftar Perdana MBR

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah merasmikan Majlis Iftar Perdana Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Asnaf kali ke-7 di Dewan Hadhari MBR, hari ini.

Seramai 500 orang OKU dan asnaf diraikan dengan majlis berbuka puasa dan mereka turut menerima duit raya yang disampaikan oleh Hajiji.

Dalam pada itu, beliau juga menyaksikan penyerahan sumbangan sebanyak RM60 ribu daripada Bahagian Zakat dan Fitra Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada Akademi Quranis MBR.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Di-Pertua MUIS, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JHEAINS), Datuk Ustaz Saifulzaman Sangul; Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur dan Pengerusi MBR, Datuk Ab Jamal Tun Sakaran.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|